Monday, 6 February 2012 5:32 pm
Salam everyone.
Sesungguhnya Allah Al-Rahman, Al-Rahim Ya Fattaahul A'lim. Allah tidak akan bagi ujian andai hamba-Nya tidak mampu menanganinya. Manusia yang buta hati, adalah manusia yang sering menyalahkan takdir dan mudah putus asa. Terlalu redha dan pasrah tanpa mahu ada usaha untuk perbaiki kesilapan. Sepatutnya manusia perlu sentiasa muhasabah diri untuk kebaikan sendiri. Allah tahu apa yang Dia buat dan kerjakan. Kita sebagai hamba tidak layak dan patut mempersoalkan dan mempertikaikan. Kita seharusnya bersyukur kerana selagi Allah uji dan duga, selagi itu Allah masih Kasih dan Sayang pada hamba-Nya. Hadapi tanpa ada ujian dan dugaan. INGAT! Sentiasa senang lenang itu lebih bahaya kerana mungkin Allah tidak lagi Melihat kita. Setiap penyakit ada penawar kecuali mati. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah dan setiap musibah pasti ada fadilahnya. Hidup tanpa Hidayah dan Rahmat Allah, akan merasakan sesuatu kerana yang akan mengiringi adalah Hawa Nafsu.
Wallahualam. Assalamualaikum ;)




0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home