Don't let your dreams just be dreams


Perkara yang terjadi pd malam sebelum puasa
Sunday, 22 July 2012 1:31 am
Assalamualaikum semuanya,

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan! Masih belum terlambat lagi kankan hehe. Malas lah nak buat intro panjang-2. Kita straight to the point je. okeyhh jommm!

  • Moody sebab tak dapat pergi tusyen dan kena ikut pergi terawih walaupun tak boleh solat. takda lelaki baca kankankan?
  • Kena tinggal dengan ayah sebab lambat sangat.
  • Kakak salahkan seratus peratus kepada diriku dan terus buat aksi pelik dihadapanku. selamat takda orang. kalau tak, setahun kau tak keluar rumah
  • Call ayahku dan dia suruh jalan kaki. Tak jauh sangat pun. Macam dari LRT Jelatek jalan kaki pergi ke Math Clinic. Cool kan?
  • Waktu jalan, dengar bunyi katak dan aku pun lari lah. Kakakku suruh aku tunggu dia sebab dia sangatlah penakut
  • Sepanjang perjalanan, kita orang asyik bergaduh je. kitaorang gaduh gaduh manja je sebab aku kamcing dengan kakak aku haha 
  • Pastu asal ada kereta motor lalu je mesti pandang kita orang sambil berkata 'hye cik adik, nak pergi terawih ke?' *cik adik tu aku tipu. aku saje je tambah hahaha
  • Sampai je, kakakku terus solat dan aku terus memulakan operasi iaitu jengjengjeng main SUDOKU PUZZLES Hahahha
  • Tiba-tiba, ada sorang budak tecik ni terus landing atas aku. Aku dah la emosi tak stabil waktu tu. Takpe anis! sabar sabar,
  • Pastu dia ajak pulak teman dia pergi tandas. Aku pun teman lah.
  • Pastu dia cakap 'Eeeiii, gelapnyeeeeeww! Tadi kita nampak hantu' Memang aku sebenarnya gagah perkasa dan tak takut sebenarnya! Haishhh, aku sabar. aku sabar lagi ni
  • Masuk dalam surau, dia pergi main lari-lari depan orang tengah solat!
  • Waktu nak dekat orang bagi salam, dia landing lagi kat aku. Pastu bila orang dah habis solat, semua pandang aku dan mesti diaorang cakap 'Eiii, apalah ada adik taknak jaga!' Pandai dan bijaksana kan budak ni, saja je nak jatuhkan maruah aku
  • Pastu aku pun cakaplah 'adik, pergilah sana!' Dia cakap, 'Kita nak tengok cikgu tulis!' Aku dah tak tak paham dah waktu ni
  • Habis solat dan orang pun balik. Aku cepat-cepat pergi dekat mak aku.
  • Akhir sekali, kita orang pergi makan dekat kedai apa entah. Act, kedai tu bukan destinasi yang kita orang nak pergi sebab restoran yang kita orang nak pergi tu tutup.
Beast ada lagu baru. Dengar cerita ramai katanyeww yang suka rambut merah tu HAHAHA. Gikwang nampak lain la.

Okaylah, byebye and Assalamualaikum, jangan lupa niat puasa XD





0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home





 photo 109ee4e7-97ba-49e5-8762-a993eec8e69b_zps500814ce.jpg

FOLLOW LINK LINK


About
Anis Najwa. 18 tahun (8 Disember 1995). Tanned skin. Suka Makan. Mempunyai ketinggian 165cm walaupun aku tak berapa yakin dengan hakikat ni. Bekas pelajar sekolah.

speciality : fasih berbahasa melayu wkwkwk
status : engaged
p/s : Really misss my 5A's family :)


Credit
Theme by | Cute doodle by | Awesome image by & | Bling bling color by | Powerful by