Don't let your dreams just be dreams


Selamat Menyambut Hari Merdeka! dan....
Friday, 31 August 2012 1:19 am

Assalamualaikum

Selamat menyambut hari kemerdekaan rakan-rakan, hahhahaha! Dah 55 tahun dah negara kita bebas dari jajahan, jadi ayuhlah kita mempertahankan negara daripada dikuasai oleh anasir-anasir jahat! Dekat rumah pun boleh rasa gegaran bunga api, ni lagi kalau pergi tengok depan mata. Wuisyhhh seramm!

Tadi kita bukak 'mukabuku' lepas tu kita terjumpa la gambar waktu muda-muda dulu. Hmmm, rindunya :'( Bawah ni adalah gambar-gambar yang sempat di ambil. Selamat berhibur!

Gambar ni diambil waktu kita orang mengikuti rombongan bercuti sambil belajar di Ipoh,Perak. Pak Cik sebelah kita tu tak silap dia akan jadi guru sejarah lepas keluar dari UPSI ni. Eh eh, cik khairi dengan 'bangkitlah' pun adalah.



 Dua gambar ni sewaktu kami pergi ke Hotspring kalau tak silap. Tempat ni adalah tempat terakhir kita orang sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Cuba tengok gambar yang kedua tu, bergaya tak berdiri macam tu. Bukan senang tau nak buat, hahahahaa


Ni gambar kita orang sebelum meninggalkan hotel. Sedihnya time ni. Waktu malam tu, kita orang terdengar suara bayi menangis. Lepas tu semua orang cepat-cepat tidur. Dahla kita tidur dekat gila dengan tandas. Takut gila tapi nina ada cakap kalau takut sangat peluklah dia. Takpelah nina, kita malulah hehe.

Sesungguhnya, waktu sekolah ni lah antara waktu yang best untuk meluangkan masa bersama kawan-kawan. Lepas ni susah dah nak jumpa. Hmm :( Sampai di sini sajalah dulu. Semoga kita bertemu lagi. Assalamualaikum.

p/s : Doakan kita supaya dapat menjawab dengan tenang di peperiksaan percubaan spm ni.




0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home





 photo 109ee4e7-97ba-49e5-8762-a993eec8e69b_zps500814ce.jpg

FOLLOW LINK LINK


About
Anis Najwa. 18 tahun (8 Disember 1995). Tanned skin. Suka Makan. Mempunyai ketinggian 165cm walaupun aku tak berapa yakin dengan hakikat ni. Bekas pelajar sekolah.

speciality : fasih berbahasa melayu wkwkwk
status : engaged
p/s : Really misss my 5A's family :)


Credit
Theme by | Cute doodle by | Awesome image by & | Bling bling color by | Powerful by