Sunday, 23 September 2012 1:37 pm
Assalamualaikum :)
Hai korangggg, lamanya tak update blog. Rinduuuu heheheee. Sebenarnya kita baru habis trial exam. Alhamdulillah dah lepas satu bebanan dengan selamat. Tapi keputusannya sangatlah teruk. Rasa sedih sangat sebab rasa macam tak belajar je. Sebenarnya memang pun, huhu study bila nak dekat exam memang jadi macam tu lah. Tahniah kepada intan yang comel lagi pandai sebab keputusannya memang sangat membanggakan seluruh rakyat Malaysia. Berikan tepukan gemuruh buat intan. hahahaaaa. Lepas ni tinggal satu je exam sebelum meninggalkan sekolahku yang tercinta, iaitu peperiksaan sebenar-benarnya yang bermula 5 november ni. Ya Allah, takut dan sedihnyaaaa :(
Intro yang sangat panjang dan takda kena mengena langsung dengan tajuk entry hahaha. Takdalah, sebenarnya kita dah ada bf baru dan dia tersangatlah comel. Lagi comel dari cik 'I', blueeek selamat tinggal cik 'I' aku dah tak perlukan kau dah hahahahaha *gelak jahat. bf ni suka senyum, pipi bulat, putih dan semuanya lah yang patut ada dekat lelaki walaupun dia tak sepet. Dan yang buat dia ni lagi special di mataku ialah dia suka bersongkok atau berkupiah atau berserban. Sama macam cik balqis punya hahaha malunya.
Dan saya dengan perasaan tak malu penuh di dada, memperkenalkan bf saya
Jeng
Jeng
Jeng
Tadaaaa, comel tak. Hahaha kena tipu kuikuikui :D
Sebenarnya saya tersangatlah kecewa dengan keputusan saya tambahan lagi cikgu pun cakap keputusan saya sangatlah merosot, saya rasa eloklah saya meninggalkan semuanya tentang internet seperti youtube, download lagu, stalker twitter, stalker blog orang dan termasuklah blog ini sendiri untuk sementara waktu. Habis je exam korang tengoklah, kita update tiap tiap hari hahaha *tipu je sebenarnya.
Baby ni nama dia ada dekat-dekat sikit dengan nama khairi. Baby ni anak kepada anak buah ayah kita. So, family dia dengan family kita kira rapat jugaklah. Baby ni selalu datang rumah kita, dan bila dia datang je semua orang akan berebut-rebut nak pegang dia. So, gambar dia ni kira peneman korang sepanjang ketiadaanku huhhu.
Okaylah korang, sampai di sini sahaja. Semoga kita bertemu lagi di entry seterusnya, Insya Allah. Assalamualaikum dan byebye :)
Doakan saya dipermudahkan untuk menjawab peperiksaan SPM ;)




0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home